Thursday 4 February 2016

UNSUR-UNSUR KOMUNIKASI

1.      Tujuan atau matlamat ditentukan terlebih dahulu  :

Tujuan atau matlamat komunikasi haruslah ditentukan terlebih dahulu agar pihak penerima dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan. Selanjutnya adalah tujuan atau matlamat dari komunikasi adalah seperti yang dikemukakan oleh Dan B. Curtis dalam buku Komunikasi Bisnes Profesional sebagai berikut:

a)  Memberikan informasi, kepada para klien, orang bawahan dan penyelia (supervisor). Diberikan informasi, kerana kaedah menyampaikan informasi merupakan bentuk interaksi komunikasi. Orang atau masyarakat cenderung merasa lebih baik diberi informasi yang diperlukannya atau yang akan diberi jalan masuk menuju informasi tersebut yang merupakan bahagian dari keadaan percaya dan rasa aman.

b)   Menolong orang lain, memberikan nasihat kepada orang lain, ataupun berusaha memotivasi orang lain dalam mencapai tujuan.


c)  Menyelesaikan masalah, kerana semakin tinggi kedudukan atau status seseorang maka semakin penting meminta orang lain untuk keahlian teknik sehingga dalam menyelesaikan masalah tersebut harus ada komunikasi untuk meminta data sebagai bahan pertimbangan.

d)  Membuat keputusan secara rasional dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam mendefinisikan masalah, menilai alternatif-alternatif dan memilih alternatif keputusan yang terbaik.


e)    Menolong orang lain dengan memberikan tunjuk ajar, memberikan informasi atau maklumat yang dipersoalkan oleh pendengar atau penerima maklumat melalui komunikasi yang berkesan.


2.      Pertukaran maklumat antara penghantar dan penerima :

a)   Penghantar mestilah pasti dengan kepentingan mesej yang akan disampaikan kepada penerima agar penerima dapat mentafsir dan memahami maklumat atau informasi yang disampaikan.

b)  Penghantar mestilah yakin dengan mesej atau informasi yang hendak disampaikan. Mesej yang hendak disampaikan mestilah mempunyai kesahihan dan tiada unsur-unsur penipuan.

c)   Penghantar mestilah jelas dengan mesej yang hendak disampaikan. Penghantar seharusnya memahami mesej yang hendak disampaikan terlebih dahulu agar dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan penerima.


1.      Idea atau maklumat yang disampaikan bergantung kepada tujuan dan konteks :

a)    Idea atau maklumat yang hendak disampaikan mestilah berdasarkan kepada tujuan dan konteks agar tidak tersasar dari apa yang dirancang. Hal ini dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan antara penyampai dengan penerima maklumat.

b)      Idea atau maklumat yang hendak disampaikan mestilah bernas dan mempunyai kesahihan serta tiada unsur tokok tambah dalam komunikasi yang akan diwujudkan antara penyampai dengan penerima. 




No comments:

Post a Comment