Thursday 4 February 2016

KOMUNIKASI LISAN (VERBAL)


o   Komunikasi lisan(verbal) merupakan teknik asas yamg sangat mengesankan dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang yang dipimpin.

o   Rasullah SAW telah menyampaikan risalah Allah SWT kepada seluruh alam secara lisan.

CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI LISAN (VERBAL)

1.      Kemahiran mendengar:

Kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah membuktikan bahawa sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar berbanding 17 peratus untuk membaca , 16 peratus untuk bercakap dan 14 peratus untuk menulis.
 
Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ketua yang boleh, mahu dam mempunyai kemahiran mendengar apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh kakitangannya. Pendengar yang berkesan pula sentiasa berusaha mencari unsur-unsur yang menarik dalam subjek yang dibicarakan, sentiasa menfokus kepada isi perbicaraan dan idea utama yang ingin disampaikan, berusaha mendengar dengan bersungguh-sungguh dan cuba mendalami erti perkataan yang didengari

Kebolehan mendengar membolehkan pemimpin mendekati golongan yang dipimpin dengan lebih dekat, seterusnya membolehkan komunikasi dan interaksi di tempat kerja dilakukan dengan lebih baik antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

2.      Kemahiran berbicara dan berbahasa:

Dalam komunikasi seharian di tempat kerja, pemimpin dan orang yang dipimpin perlulah menguasai selok-belok berbicara dengan baik kerana ia dapat menimbulkan kuasa pengaruh dan bahasa yang lebih mudah diterima serta memberi kesan yang mendalam di lubuk jiwa. Antara contoh kemahiran berbicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di tempat kerja ialah:

Ø  Menggunakan bahasa yang mudah difahami:
Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana tidak semua anggota organisasi mempunyai tahap ilmu dan kemampuan yang sama. Penggunaan bahasa yang kurang difahami memyukarkan komunikasi dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan.

Ø  Isi bicara hendaklah benar:
Kebenaran isi perbicaraan amat penting kerana ia merupakan sumber kredibiliti seseorang pemimpin dengan orang yang dipimpin.

Ø  Nada suara yang terkawal dan sesuai:
Pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu mengawal kelembutan bicara dan kelunakan suara agar dapat komunikasi dengan berkesan. Hal ini amat jelas kerana nada suara kadangkala boleh menimbulkan tanggapan yang pelbagai kepada pendengar.

Ø  Berhujahlah dengan waras:
Dalam menguruskan organisasi di tempat kerja, kadangkala pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu berdepan dengan situasi yang memerlukannya untuk berhujah atau menerangkan sesuatu hal. Dalam menghadapi situasi tersebut, mereka perlulah berusaha mengelakkan sesuatu isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan kontroversi kerana tujuan utama berhujah bukanlah untuk mencari ketenangan untuk mencari kemenangan, tetapi untuk menyerlahkan kebenaran.

Ø  Meninggalkan celaan dan mengumpat:
Bagi seseorang yang ingin mengukuhkan kredibiliti, seharusnya merebut peluang berkomunikasi dengan menitikberatkan keistimewaan dan kekuatan orang lain, bukannya mencari kesalahan dan mendedahkan keaiban sesuatu golongan.

Ø  Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan:
Dalam berbicara dan berbahasa di tempat kerja perlukan berkomunikasi dengan lembut dan bersopan kerana Allah SWT telah menekankan kepada manusia untuk berbicara dengan perkataan yang baik dan membiasakan diri dengan ucapan-ucapan yang baik.

Ø  Menyebut perkara yang penting berulang kali:
    Tindakan ini diamalkan bagi memastikan para pendengar betul-betul jelas dan dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Prinsip ini amat bersesuaian dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW. Apabila baginda SAW memperkatakan sesuatu perkara yang penting dan rumit, baginda SAW akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda SAW juga berbuat perkara yang sama dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh ramai orang kerana bimbing suaranya tidak dapat didengari dengan baik.


No comments:

Post a Comment