Thursday 4 February 2016

KOMUNIKASI BUKAN LISAN (NON-VERBAL)

Komunikasi non-verbal adalah komunikasi yang menggunakan pesan-pesan non-verbal. Istilah non-verbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara teorinya, komunikasi non-verbal dan komunikasi verbal adalah dua cabang komunikasi yang berlainan. Namun dalam kenyataanya, kedua jenis komunikasi ini saling jalin-menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari.

CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI BUKAN LISAN (NON-VERBAL)

*      Contoh teladan yang baik:
Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak yang baik dan tindakan yang selari dengan kata-kata. Konsep akhlak dan kepimpinan dalam islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang baik dan unggul. Antara sifat yang menggambarkan teladan yang baik ialah sabra dan pemaaf.

        Dalam hal ini keterbukaan sikap pemimpin, sanggup menerima kritikan dan kesediaan mengubah pratik negatif yang diamalkan dalam organisasi dapat melambangkan teladan yang baik yang boleh dicontohi. Begitu juga dengan golongan yang dipimpin perlu sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima teguran yang boleh memberikan impak positif dalam organisasi. Komunikasi seperti ini amat penting bagi mencipta suasana harmoni di antara pemimpin dan golongan yang dipimpin.
*      Penampilan diri, personality dan bahasa badan:

Penampilan diri dan personaliti seseorang menggambarkan sikap, perwatakan dan peribadinya yang sebenar. Seperti contohnya pakaian yang dipakai boleh memberikan imej sama ada pemakainya bersikap teliti, peramah, berfikiran mantap, berdisplin atau sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat dilihat dari aspek perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa , tempat dan sebagainya

           Bahasa badan turut memainkan peranan yang cukup penting dalam komunikasi. Dikatakan terdapat sebanyak 750000 bentuk bahasa badan seperti postur tubuh , penampilan , kontak mata , mimik muka dan padding iaitu perkataan-perkataan seperti “ah” , “uh” dan sebagainya. Bahasa badan ini penting untuk menilai maksud sebenar sesuatu maklumat terutamanya apabila terdapat percanggahan dalam perkara yang diungkapkan seperti lisan.


*      Pendekatan psikologi:

Psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia dan selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku. Komunikasi ini amat berkait rapat terutamanya kepada pemimpin. Ia juga amat penting dalam proses komunikasi kepimpinan bagi memahami jiwa sasaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pemimpin ialah dengan memberikan ucapan penghargaan , pujian dan memahami perasaan orang lain dengan empati.

            Saidina Ali bin Abi Talib , khalifah islam yang keempat pernah menyatakan : teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali  terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpama itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya



No comments:

Post a Comment