Thursday 4 February 2016

DEFINISI

·        Menurut Jaafar Muhammad Yusof (1997), komunikasi merupakan seni berinteraksi antara satu sama lain. Dari sudut bahasa berasal daripada perkataan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau ‘turut serta’ atau ‘communis’ yang bererti milik bersama.

·   Sementara mengikut Mohd Yusof Hussain (1990), komunikasi boleh didefinisikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemimpin dalam organiasi.


·         Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataan “wasola” dalam bahasa arab yang terakam dalam Al-quran. Perkataan tersebut dari segi bahasanya membawa maksud “sampaikan”. Dalam Al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini menyatakan “Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (Al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan”. Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam Al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi:

ü  Bacalah (al-Alaq)
ü  Khabarkanlah (al-Nisa)
ü  Katakanlah (al-Mukmin)
ü  Berpesan-pesan (al-Ars)
ü  Dengarkanlah ( al-Maidah)

No comments:

Post a Comment